KELEBIHAN TANAH SUCI MAKKAH DAN KAABAH .
KELEBIHAN TANAH SUCI MAKKAH DAN KAABAH .
TAHUKAH KAMU SEMUA?
15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik. TAHUKAH KAMU SEMUA?
Binaan Kaabah yang
merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah.
Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit
maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.
Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti
yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk
bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi =
elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul
kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.
5. Apa yang
diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh
dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman
kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada
sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada
Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi
satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.
Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam
Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..
8. Tempat yang
paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran
anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang
di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih
terasa sejuk.
9. Kaabah bukan
sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib
kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan
tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan
posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang
sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan
mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula
jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak
mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah
atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan
mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di
dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab
itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang
umur.
13. Manakala
bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya.
Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan
melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak
terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai
topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki)
adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan
terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti
dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah
ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai
semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan
diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya
adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala
kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh
tubuh.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar